Pakar membaiki telefon pintar, laptop dan tablet. Siap sepantas 30 minit dengan jaminan alat ganti berkualiti. Pemeriksaan adalah 100% percuma.
Kami faham kerisauan anda. Pengalaman buruk dengan kedai yang tidak bertanggungjawab sering menjadi igauan ngeri.
Takut phone ditinggalkan berhari-hari, lepas tu komponen original senyap-senyap ditukar.
Masa hantar cakap RM100, bila nak ambil bil melambung. Banyak kos tanpa persetujuan.
Bimbang privasi dan gambar peribadi diselongkar apabila peranti tiada di depan mata.
Konsep Face-to-Face membolehkan anda memantau setiap skru yang dibuka. Kami bina reputasi dengan nilai kejujuran yang tinggi.
Tempah Sesi PemeriksaanTengok sendiri kami repair. Tak perlu tinggalkan phone.
Harga dipersetujui sebelum kerja dimulakan.
Dikendalikan pakar teknikal yang berpengalaman.
Penggantian 1 to 1 jika rosak semula dalam waranti.
Klik pada kategori di bawah untuk melihat jenis kerosakan yang biasa kami selesaikan.
Tukar skrin baharu siap 30 minit. Touch screen lancar, tiada lagi serpihan kaca.
Tukar bateri kapasiti tinggi (Original/OEM). Tak perlu asyik bergantung pada powerbank.
Pembersihan kimia menyeluruh untuk cuci kesan karat & selamatkan motherboard anda.
Phone tiba-tiba 'dead' atau sangkut logo Apple/Android? Pakar mikro-soldering sedia bantu.
Kualiti kerja dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
Tidak kira apa masalah anda, kami akan cuba bantu sebaik mungkin!
Jemput singgah ke kedai MRFIX Saujana Utama. Ruang letak kereta mudah didapati.
Cari jawapan untuk kemusykilan anda di sini.
Untuk servis majoriti seperti tukar bateri atau skrin, ia hanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit. Anda boleh tunggu, minum kopi dan tengok kami repair.
Kami menggunakan alat ganti gred Original & OEM yang disahkan (Authorised OEM Parts). Kami sangat menitikberatkan kualiti, bukan part 'pasar malam' yang mudah rosak.
Ya, 100% percuma! Juruteknik kami akan semak peranti anda, terangkan punca kerosakan dan berikan sebut harga (quotation). Kalau anda tak setuju, ambil semula peranti anda tanpa sebarang caj.
Setiap pembaikan disertakan dengan waranti rasmi bermula dari 1 bulan hingga 1 TAHUN (bergantung kepada jenis alat ganti). Resit akan diberikan sebagai bukti.
Untuk kerosakan hardware biasa (skrin/bateri), data 100% selamat. Kami juga mempraktikkan polisi privasi ketat. Anda boleh perhatikan phone anda sepanjang masa di hadapan anda.
Hubungi kami di WhatsApp. Berikan maklumat peranti & kerosakan anda. Juruteknik kami akan balas dengan sebut harga (quotation) dengan pantas.